Ahad, 6 September 2015

Sepatutnya esok, sepatutnya lah.

Sepatutnya esok, sepatutnya lah.

Sepatutnya,
Esok, 7.9.2015
Flight pada pukul 2 petang. MH 831. Dari Malaysia ke Cardiff

Sepatutnya,
Hari ni, 6.9.2015 akan nerves bercampur bag bag yang belum kemas.
Bersama Nikon D200 dan GoPro.
Dan tak boleh tidur.

Sepatutnya,
Esok, 7.9.2015
Banyak air mata jatuh kesedihan dan kegembiraan,
Apabila aku melambai meninggalkan tanah gst najib.

Sepatutnya,
Esok, 7.9.2015
Aku dengar atuk kata "Terima kasih along",
Sama macam dia kata pada aku 7 tahun dulu,
Masa aku dapat result PMR.

Tapi,
Hari ni, 6.9.2015
Aku depan PC hanya tunggu Dota2 untuk searching game,
Sambil hisap vape perisa sarsi sejuk,
Dah hangit sikit,
Dan,
Masih di Malaysia







Selasa, 9 Disember 2014

You naik komuter je? Eyyy


"Eyy, komuter eyy. Eh you takda Scirocco ke? I tak biasa lah naik komuter komuter ni"

Kalau ni jadi kat aku dan dilakukan bakal makwe aku, aku janji kat semua, aku tapak muka dia dengan selipar dipenuhi najis kucing.

Perjalanan aku dan man yang tak dirancang ini berlaku dalam kelas Human Resource Management, sewaktu Prof Madya Mustapha Yen sibuk membincangkan tajuk "Pension" dalam bahasa Melayu, pencen.

"Man, sabtu ahad kau ada job?"
"Takda"
"Kau balik kampung?"
"Tak"
"Jom shooting"
"Mana?"
"KTM, berhenti setiap stesen. Amacam"
"On"

Itu je penyebab kami sampai ke Tanjung Malim.

10.30 pagi. 6 Disember 2014 - KTM Padang Jawa
Man makan roti kosong dua (Tak habis)
Aku mihun goreng dan tambahan roti man yang tak habis.

Terkial kial membeli tiket ke KL Sentral.
Kenapa ke KL Sentral? Plan asal nak ke Tg Malim. Ini semua penyebab sebab musabab man.

"Member aku kata takyah beli tiket Tg Malim. Beli je sampai KL Sentral. Naik sampai Tg Malim. Dia bukan check pun"

Aku steady, percaya cakap si lahabau ni. Aku pun sama bahalol. Steady.


Nampak muka bersemangat lagi kan? Kau tunggu dah jauh sikit lagi.




Tunggu tak sampai 10 minit (11 minit kot)

Tren sampai untuk ke stesen seterusnya.






Penampakkan seorang manusia sepupu sepapat Wayne Rooney, neck tie biru, kemaja putih, steady naik komuter.



Tak sampai 10 minit 'street photography' di shah alam, sampai dah tren ke batu tiga. BAPAK PANTAS! TERPERANJAT TITEW!



Dalam tren ke batu tiga,



"Aku datang sini cari duit untuk nak bagi anak bini aku makan. Korang cuma tahu, 'Ane, teh o ais satu. Murtabak kasi letak pisang atas' dari pagi sampai pagi balik. Itu je korang tahu kan"



Bersambung.


Sabtu, 11 Oktober 2014

Tahan

Kalau dulu kau tak dapat tahan, 
aku yang tahankan.
Sampai kau pergi, 
aku masih lagi tahankan untuk kau.

Aku dah move on,
Sebab ada yang nak sama sama tahan dengan aku.
Aku tahu dia boleh tahan walaupun berat mana.

Kau dulu, aku tahan, kau blah.
Macam macam janji. Susah sangat ke nak tahan.

Dah dah. Biar aku duduk dengan orang yang sanggup tahan.
Sanggup tunggu.
Kalau aku biarkan sekejap dia sanggup tunggu.
Dia kuat.

Kau tunggu sekejap pun taknak.
Takkan aku je nak tunggu kau. 
Aku dah move on. Tapi buku hitam aku tak pernah bakar.

Sebab aku pernah tunggu kau.
Bukan tak pernah, tahu tak?

Jumaat, 5 September 2014

Chair

Shadow of you.

Only will be see by me.

Chair was now had been seated.

But its not permanent.

I tried to spread a UHU glue.

But its is all about fate.

The god had decided.

No matter what.

Please always to be seated.

Hold tightly.

Please try.

-wafiqawa-




Khamis, 4 September 2014

Krisis orang muda

krisis orang muda

dunia kini, 
kami hilang erti,
masih belum berdiri,
apatah lagi membeli.

dipekik belia tunjang negara,
membangun bersama bangsa,
apakan daya,
rumah hanya mampu disewa,
kerna harganya setinggi dewa.

ingin hidup dengan berdagang,
tapi belum nampak yang terang,
belum jalan dah berhutang,
tinggal aku, mengarang.

dikatakan kami malas,
baru lihat cahaya dah dicantas,
dalam gelap dicili pedas-pedas,
bila meraung kesakitan,
dikatakan kami mawas.

Jangan kata kami otak berlubang,
kalau tak pernah nak bagi peluang.





Jumaat, 18 Julai 2014

The Father and Mother of Terrorism (TFMT)

HEY, PUTIN AND OBAMA, AS KNOWN AS TFMT, PLEASE KEEP ON ARGUING AND FIGHT EACH OTHER ON YOUR POLITICAL PROBLEM OVER OUR FAMILY DEAD BODIES.

BECAUSE YOU ALL ARE THE FATHER AND MOTHER OF TERRORISM.

THANK YOU


                                                                                               AL-FATIHAH




Khamis, 26 Jun 2014

Bentang sejadah


Setelah habis mengulangkaji subjek Organic Chemistry untuk peperiksaan esok hari, Rauf turun ke bawah dan ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
Rauf capai sejadah yang di sangkut di bawah tangga dan dibentangkannya di penjuru ruang tamu.

"Allahuakbar"

Rauf mengangkat takbir untuk menyempurnakan solat Isya'
Solat yang tidak berapa mahu khusyuk akibat selingan di minda tentang reaction antara alkane, alkene, cycloalkene dan apa lancau lagi.

Tiba di sujud yang terakhir

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

(Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.)

Sujudnya disambung,

"Nak kena doa ni" sebut hatinya, apabila teringatkan pesan ustaz di sekolah

"Waktu kamu sujud adalah waktu afdhal berdoa, kerana dikatakan kamu paling dekat dengan Allah"- seorang guru agama

"Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapaku, panjangkanlah umur mereka, berikan mereka rezeki yang halal"
"Ya Allah, berikan kecemer...la..ngan..."
"Ya Allah, berikan kecemer..."

Rauf bangkit dari sujud lalu menghabiskan bacaan tahiyyat akhir.

Rauf sangkut kembali sejadah di bawah tangga.

Sambil menapak di atas tangga, hatinya berbisik

"Ya Allah, layak ke aku untuk meminta kecemerlangan peperiksaan aku? Ketika susah aku meminta. Ketika senang aku tak pernah bersujud. Allahuakbar"

"Rauf, asal mata kau merah?"

"Mata pedih. Jerebu kan sekarang ni. Apa la kau ni"