Jumaat, 22 Februari 2013

Pray for Qi


Pray for Qi.

Hoping all that purkinje fibre, sinoatrial node, atrioventicular node and septum are doing well in Qi's heart before the big day.

“Indeed, there is pleasure behind the difficulties.” 
(Surah Al-Insyirah, ayat 5)

Loves,
Alongwafiq





Jumaat, 15 Februari 2013

Ini seronok, ini ujian, ini usaha, ini doa, ini tawakal, ini hasil.

Syukur.

Biarkan dahi ini,
Menyentuh tanah,
Alunan di hati,
tak terhenti berhamdallah.

Diangkat kembali dahi,
Jatuhnya kerikil batu disipi,
Menadah tangan tersimpul kata,
Disebutkan Tuhan yang Maha Esa.

Alhamdulillah.

Selasa, 12 Februari 2013

Germs kill improve

This is my lyrics that,
that tell the story,
about I,
I growing up plants.

I've had enough,
with all this fucking killing germs.
This time for real.

Roses feel airless,
Jasmine feel whacked,
Orchid feel awry.

Give them time,
with a little tick,
to grow their improve.

Roses feel airless,
Jasmine feel whacked,
Orchid feel awry.

Thats it,
no more spider web,
to be our potent roof.

Jumaat, 8 Februari 2013

bekas banduan dan penyonglap duit Royal Bank of Scotland



bekas banduan dan penyonglap duit Royal Bank of Scotland

pertama-tamanya,
aku pasti nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah,
setinggi puncak tembok besar China yang boleh dilihat dari bulan,

kerana, kerana, kerana,

kamu dapat memfitnah, tanpa idea yang menarik,
kamu dapat mencuri, dengan tangan milik tuhan,
kamu dapat menipu, dengan merasakan kamu adalah tuhan.

aku cukup tertarik dengan keberanian kamu dalam memastikan orang lain merana.
tahniah ! tahniah ! tahniah !

aku rasa kamu boleh berjaya dalam hidup dengan tiga perkara tersebut,
sehingga nyawa kamu singgah di halkum.

memfitnah
memfitnah adalah perkara yang sangat baik.
kamu boleh menjatuhkan maruah orang lain dengan idea-idea yang sangat menarik
kamu boleh menutup kesalahan diri sendiri dengan menyalahkan orang lain.
selain itu, dengan memfitnah, kamu boleh merosakkan rumah tangga orang lain.
kamu sangat bagus.
teruskan memfitnah kerana kamu boleh berjaya dalam hidup.
bagi kamu memfitnah adalah kunci kejayaan hidup betul?
mesti kamu fikir,
apabila tiba malaikat maut dihadapan kamu,
kamu boleh berkata kepadanya,
"ehh, nak tahu tak? si pulan bin si pulan tu, lebih jahat perangainya. lebih baik kamu ambil nyawanya dahulu.
kalau kamu ambil nyawa aku, bagaimana aku nak cerita kepada kamu tentang lambakan kejahatannya, kan?. betul. lebih baik kamu ambil nyawanya dahulu. pergi-pergi. jangan buang masa kat sini"
dan aku rasa malaikat maut itu PASTI akan TERSANGAT PERCAYA kata-kata kamu itu.



mencuri
mencuri pula adalah perkara yang sangat menguntungkan,
mana tidaknya,


dengan mencuri kamu dapat keuntungan tanpa berbuat apa-apa usaha, betul?
aku tersangatlah setuju dengan mencuri ini.
mencuri adalah suatu pekerjaan yang mudah dan seronok.
mesti kamu fikir,
apabila dalam liang lahad nanti,
kamu dapat mencuri kain kafan orang sebelah,
apabila kain kafan kamu dimamah bumi.
aku rasa, pemikiran kamu sangat bagus.
aku rasa bukan itu sahaja yang kamu boleh curi,
kamu juga boleh curi papan teras yang menutup jenazah kamu,
kalau kamu punya dah reput.
apa lagi yang kamu boleh curi? hmmm.
haaa! kamu boleh curi bantal.
bantal? tak tahu ke bantal?
bantal yang orang buat daripada tanah tu, yang diletakkan di kepala semasa kamu mati nanti.
kamu juga boleh curi bantal itu. mana lah tahu, bantal dikepala tak cukup.
kalau curi tu, boleh juga bantal yang dicuri tu nak dibuat peluk ke.
lagi? apa lagi yang kamu boleh curi.
air? air pun kamu boleh curi. yela dahagakan dalam liang lahad sempit tu.
kamu boleh pasangkan paip dari kubur sebelah dan terus ke liang lahad kamu.
kalau-kalau ada orang jiruskan air mawar kepada kubur sebelah,
kamu boleh dapat air tersebut.
apa lagi? banyak lagi,
kamu boleh curi payung,
tanah, pasir, pokok yang selalunya tanam di tanah perkuburan, kain kafan, bantal, bunga, batu nisan.
haih, banyaknya. bagus la mencuri ni.
cuma, ada satu sahaja benda yang kamu tak boleh curi,
kamu tak boleh curi soalan bocor, dari dua malaikat.
itu aku tidak tahu. kamu perlu mencari jalan untuk mencuri juga.
aku rasa itu tidak menjadi masalah kepada kamu.
kamu kan "king of mencuri"


aku nak beritahu kamu,
bahawa lidah aku adalah pedang aku.
pedang ini digunakan untuk pertahan agama aku, keluarga aku.

dan pedang ini bukan nak cantas hubungan seislam aku dan kamu.
pedang ini dihunus untuk beri kamu berfikir.
kerana kepala hotak yang diberi oleh tuhan kepada kamu,
kamu tidak gunakan mengikut mahunya Allah, tapi kamu guna atas
mahunya perut buncit kamu.

kerana aku tahu memecah-belahkan manusia itu syirik.

surah 30, ayat 30,31,32.

ini aku,
bersama pedang aku.

7.36 (maghrib)
jumaat.



Jumaat, 1 Februari 2013

mesin masa (bahagian penamat)


arghhhhhhh.... bestnya tidur. rasa macam dah lama tak tidur sepuas ni. last aku tidur yang paling nyenyak tahap panda pun masa aku kat
universiti dulu. time study week. ini kira waktu pelajar tidur.

bila saat aku bukak mata, aku pelik. aku tutup balik dan tidur semula.

5 minit kemudian, aku macam terjaga semula. aku pelik lagi.
dah terkebil-kebil dah mata aku. bukak, tutup, bukak, tutup.

aku tengok macam kenal tempat ni.
aku mabuk ke semalam? rasanya aku tak pernah nak minum Heineken, Anchor, Tiger beer ke apa ke. rasanya iman ni cukup teguh lagi. rasanya.

paling kuat aku melepak pun, isap shisha. tapi takdalah 'high' sampai tak ingat kat mana aku tidur semalam.

aku sedar yang aku tengah baring menghadap siling. siling tu ada kipas. kipas?! kipas?!
ya, kipas yang ada 4 bilah tu, selalunya warna putih. kalau nak switch on kipas tu kena pakai switch.

situasi aku sekarang memang pelik. aku terus bangun terduduk.

haih, aku ada kat perkampungan mana ni. semuanya pakai barangan oldskool.
ada kipas, ada pintu yang takda eye scanner, ada lampu kalimantang. nak tergelak pun ada.
bongok! zaman sekarang orang tak pakai kalimatang dah bro. sekarang aku pakai LED. mana ada switch, semuanya pakai universal remote. haih, ini kes melayu yang tolak perkembangan teknologi la ni. kemudian ada rice cooker. aku syak ni rumah petani ni. sebab di bandar semua orang pakai makanan pack termasuk lah nasi.

pack-pack nasi bungkus hanyalah sebesar ibu jari. masuk dalam electron cooker, pup! terus jadi nasi dan lauk-pauk yang seimbang. jimat masa. duduk di bandar memang kena jimat masa.

aku bangun dan terus menggeliat macam naga tasik chini. dan pergi ke tingkap berdekatan - entah macam mana aku tahu tingkap ada kat situ - aku terus melihat langit.

"wahh, tak jam hari ni" reaksi aku bila aku tengok langit.

"hari-hari kalau macam ni kan senang. mudah je nak terbang pergi kerja"

ketak!

macam ada salah seorang petani yang masuk pintu rumah ni.

hati aku macam berdebar-debar pulak bagai nak salam dengan tok kadi. cewahhh!

"assalamualaikum," kata petani yang nak masuk tu.

"waalaikumussalam,"

bila dia melangkah masuk ke pintu, sekali pandang, macam aku kenal siapa yang masuk ni.
dari atas sampai ke bawah, memang sah aku kenal.

bag selimpang, kasut converse, berkaca mata jenama levis, seluar jeans biru lusuh, dan baju pdi version lama.

Ini Mack !! (atau nama sebenarnya Amirullah dan aku tak tahu dari mana datangya Mack. Kalau tak silap,
mack adalah nama samarannya semasa berasa di MRSM Kuala Kubu Bharu)

Mack adalah salah seorang housemate aku semasa di Uitm Puncak Alam. Tak silap aku lah.

"Aku kat mana ni ya Allah?" bentak aku dalam hati.

"Balik-balik je takda orang dekat rumah, huh" memang menjadi hobi masa lapang mack untuk
membebel seorang diri. Kalau kamu menjadi housemate dia, kamu akan tahu betapa terseksanya gegendang telinga kamu.

Kejap-kejap!

Tak ada orang??!! Apa tak cukup power ke spek Levis yang kau pakai sampai tak nampak aku
tercegat kat tepi tingkap ni?!!

Haih, aku pening. Aku tak tahu aku kat mana? Aku tak tahu kenapa aku kat Uitm Puncak Alam?

Dummm! Mack menghempas pintu biliknya.

Biar aku tenangkan diri kejap. Duduk di ruang tamu bersama kipas yang bersuis ini.
Aku nak cuba ingat balik, semalam aku tidur kat mana.

Tiba-tiba aku teringat kembali muka mack yang memang dah lama aku tak jumpa.
Sedih pun ada, nak gelak pun ada, gembira pun ada. Tak stabil perasaan aku.

Tapi mack nampak  muda.

Kejap-kejap! (kali yang kedua)

Mack nampak muda, Uitm Puncak Alam, Kipas pakai suis, langit tak jam, dan rice cooker.
Dan tiba-tiba muncul dalam kepala hotak aku yang semalam aku tak mabuk.
apa yang aku ingat adalah semalam aku ke ofis

"Farid!!" Jerit aku dan kali ni bukan dalam hati, tapi guna tekak.

Arghhhh, aku garu kepala sampai keluar kelumur dan rambut-rambut putih aku.

Aku tahu time tunnel tu berjaya. Perasaan aku yang bercampur baur ni sebenarnya terpikir
jugak macam mana nak balik semula ke masa depan.

ketak! ada lagi seorang manusia yang membuka pintu.

Tak habis-habis lagi manusia ni nak serabutkan kepala aku yang dah macam sabut kelapa ni.

"assalamuuuuualaikuuuuuuuummmm, hamba datang hulurkan tangaaaaaan" nyanyinya sambil membuka kasut menggunakan kaki sahaja. pemalas nya budak.

eh, cara dia memberi salam macam cara yang aku buat je.
hati aku dah berdebar-debar sangat. berkencang tak ingat ke dunia.

sebab aku tahu manusia yang baru masuk tu adalah aku yang berusia 19 tahun.

muka licin tidak berjerawat, janggut nipis, rambut kerinting serabai yang masih hitam, beg petronas,
tidak terlalu gemuk tidak terlalu kurus. kasut vans ! kasut ni kasut yang aku pakai dari muda sampai dah beruban ni. Kakaka. fashion never get old brother!

aku yang tengah duduk ni berdebar-debar tengok diri sendiri. hah. takut-takut dia perasan kan aku
yang tengah duduk bersila kat lantai ni.

tapi dia berlalu tanpa pedulikan aku, menyanyi semua jenis lagu yang dia tahu dan terus masuk ke bilik.
saat itu, aku tersenyum sendirian. Aku tahu, sampai sekarang aku tak berubah.

"Haih.." aku mengeluh sendirian.

Kalau difikir-fikirkan banyak kenangan aku dekat Puncak Alam ni.
Terasa nak jalan-jalan di sekeliling Puncak Alam ni sambil memikirkan cara nak balik ke masa depan.

Jadi, aku terus keluar dari pintu yang tidak ditutup oleh aku yang berumur 19 tahun itu. Dahulu aku
memang cemerkap. terus aku ke lif dan memang ditakdirkan ada orang juga sedang menuggu lif. Untuk ke kelas agaknya. tangan penuh dengan fail. Beg besar gedabak. Konfirm ke kelas ni. tak diragui lagi.


aku terus berjalan kaki ke rafflesia, suatu tempat dimana ramai orang berkumpul untuk mencari
sumber makanan untuk terus hidup. macam mana aku tahu rafflesia ni? pelik kan? aku kan dari masa depan?
Ya. Aku merupakan pelajar Asasi Sains Uitm Puncak Alam pada tahun 2011. (gelak bangga sambil pandang langit)

Rafflesia ni merupakan pusat aktiviti pelajar. Lebih spesifik adalah pelajar perempuan, kerana lokasi geografinya berdekatan dengan kolej perempuan. Jadi tidak terkejut jika rafflesia ini sebenarnya tempat mencuci mata jejaka-jejaka gatal untuk melihat pelajar perempuan yang comel-comel, cun-cun, lawa-lawa.
Aku masih ingat bahawa dahulu, aku jarang ke rafflesia kerana aku malas berjalan. Ya, MALAS.

Saat aku masuk kedalam rafflesia, aku seperti mengimbau kembali kenangan-kenangan saat aku berada di
Uitm Puncak Alam.

Disinilah, aku menang tempat ke-2 Pertandingan Takraw Terbuka Puncak Alam, makan malam di sudut hujung bersama sahabat, tempat rakan sekelas berpisah, tempat tengok Final Bolasepak Sukan Sea        (tak tipu. sebanarnya aku tengok di bilik), dan macam-macam lagi aktiviti aku. aku masih ingat. Memang rambut dah beruban, tapi ingatan tak pernah pudar.

Rasa dahaga yang terbit semasa dibilik aku yang berumur 19 tahun tadi, masih belum hilang selagi
tak dapat air kelapa. fuhhh.

Aku ke gerai berdekatan untuk order air kelapa.

"dik, air kelapa satu." kata aku kepada si penjual air tersebut. menggelarkan dirinya adik kerana aku sedar akan rambut yang beruban ini.

"......." reaksi si penjual air tersebut. dan aku lihat dia sibuk membelek-belek Iphone.
Pada tahun 2011 Iphone adalah yang paling popular sekali. Tapi dia tak tahu aku ada Holophone dalam poket ni.

Takda pun aku membelek-belek sangat. Dia ni sibuk sangat membelek Iphone sampai customer pun tak layan.

"adiiikkkk, air kelapa satuuuuu," cuba aku sekali lagi dengan nada yang lebih lemah longlai, berdayu-dayu.

"......." si penjual air tu buat dek lagi. Jangan sampai panas hati orang tua ni sampai ke kemuncak.
karang, aku hirup je air kelapa ni tak payah bayar. Masukkan kepala dalam tu, minum. Puas hati.

Sekali lagi, hati aku berdebar-debar. Bukan sebab eksaited, bukan sebab marah dek kerana si penjual air kelapa,
bukan sebab dapat result UPSR 5A, bukan, bukan.

"Akak, ni semua berapa?" kata salah seorang pelajar wanita sambil menghulurkan bungkus nasi dan lauk untuk di

kirakan harganya. Di zaman aku, kami tak pakai bungkus. Kami pakai electronchip. Pilih sahaja lauk melalui buku menu, dan store dalam electronchip tersebut. Sampai dirumah, hanya tinggal exaggerate. mudah kan?
aih, si penjual air ni. Si adik ni awak layan. Kenapa buat dek je dengan saya? Sebab rambut saya dah beruban ke?

berbalik kepada debaran aku tadi, aku masih tak pasti kenapa aku berdebar. Tadi berdebar tengok diri sendiri tapi

sekarang debarannya lebih tidak terkawal.

eh? adik yang beli nasi ni?

hati aku lebih lagi berdebar, makin berdebar.
melihat gayanya yang sopan santun, ayu, lemah lembut.

rupa parasnya, yang menarik minat mata aku, walaupun banyak lagi wanita kat dalam rafflesia ni.
kalau dalam gambar hitam putih tu, dia sahaja yang ada kaler, menyerlah.

berkaca mata yang berbingkai tebal(trend pada 2011), bertudung kelabu hingga lebih paras bahu, berbaju belang putih hitam long sleeves dipadankan dengan tshirt putih didalam. skirt hitam berambu-rambu(kata orang kuale), berkasut juga berstokin. Bagai memakai baju hujan dan tidak setitik hujan pun terkena di badan (ini perumpamaan).

tinggi?

takdalah tinggi mana. rendah jugak. tapi perempuan kalau tinggi, sahamnya tak tinggi mana. sebab lelaki handsome

selalunya yang rendah-rendah redup pokok manggis  gitu. kakakaka!

"Awak," aku cuba menegur

apa awak pulak, kau ingat kau muda.

"adik," cubaan aku kedua

dia terus berlalu pergi membawa nasi bungkus bersam rakannya yang lain.

dah kenapa semua taknak layan aku ni? putih sangat ke rambut aku?

otak aku mula ligat mengingati gadis yang membeli nasi tersebut. siapa ye? siapa? kejap-kejap bagi aku berfikir.
Mack aku boleh ingat. Takkan si manis ni aku tak ingat. Ini mungkin side effect time tunnel kat memory cell aku. tak ingat langsung ni. dah la air tak dapat, tak ingat si gadis yang beli nasi bungkus, semua taknak layan aku.

dah ah.

rasa nak merokok pulak. rokok? rokok? rokok?
sebab aku nak datan sini adalah nak halang diri sendiri dari terus kuat merokok.
patutnya aku dah halang dari tadi dah. macam mana boleh lupa?!
waktu-waktu ni lah aku yang berusia 19 tahun tu sedang nak menyalakan api untuk terus membakar rokok.
nak pulak lepas makan tengah hari. memang padan sangat.

aku rasa aku tak sempat dah ni. aku kena berlari. berlari sepantas ferarri v10 F1. itu yang laju.
aku lari lari lari lari lari dan sampai di tangga. di tangga aku nampak si gadis yang beli nasi bungkus tadi bersama

rakan-rakannya. lagi lah semangat aku nak naik tangga tu. nampak je tua, tapi di usia tua ni masih lagi bergiat

aktif bermain hoki tau. huh!

sambil aku mendaki tangga tu dengan laju, aku toleh untuk memandang gadis tersebut. bila melihatnya, mata kami bertentangan. waktu itu...

Gedebuk!!! adoiiiiiiiiiiiiiiii !!!! !@#$%&^@


"woi, woi, woi bangun lah" ada suara kedengaran dari gegendang telinga ni, tapi pandangan masih samar-samar.

Gedebuk!!! Dia bagi lagi sekali. Ini aku agak Farhan, sah, walau aku pengsan macam mana pun, mati ke, apa ke, penumbuk sial dia aku tetap kenal.

"woi kau nak bangun tak? kalau tak aku tumbok kau lagi. nak?" ni sah suara Farhan

"Fiq, kau ok tak ni? Kau ni Farhan member pengsan, kau tak boleh berlembut sikit ke" ni pula suara Farid. Memori aku bagus. Mungkin sebab aku berada di tahun dimana aku sepatutnya berada.

"Bukannya tak berlembut, simbah air dah, azan kat telinga dah, yassin 3 malam pun dah, last kali tu je makan dia" kata farhan.

"Aku pengsan ke? Berapa lama?" kata aku yang mula bangun setelah kena penumbuk si sial tu.

"Ada la dalam dua jam. Kau okay tak ni?" tanya farid seperti sangat risau

"Farid, aku jumpa..................."

memori aku pulih dan aku masih ingat.




I stop trying, trying to get you. I dont have that energy and soul. You win. But I will never ever and ever give up. Let the future tell us. Let the past remains. Let Allah guide us. Thank you.