Khamis, 17 November 2011

pointer muka buku


buat seorang rakan, setelah aku rasa bersalah.
dengan menggunakan gitar kapok biru bersama-sama mood kemenangan Harimau Muda
terungkai sebuah melodi.

(gunakan melodi lagu Cinta Muka Buku By NajwaLatiff)

Kita berkelahi  dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku beritahu pointer aku
ooh.. aku buat buat lupa..


Dan pabila kau tanya lagi soalan itu kat aku
Ku buat bodoh, buat macam tak tahu
oohh.. aku rasa bersalah..


Bagaimana harus bersua
Ku rasa bersalah tapi bahagia
Perlukah kita berkelahi lagi
Walaupun kita tak pernah bergaduh....


Banyak persoalan yang berada di minda
Kenapa kau marah aku dengan tiba-tiba
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini betul

minta maaf...
p/s susah juga nak menggubah lagu. lenguh juga tangan. 








Rabu, 16 November 2011

kuala berang

mungkin entri kali ini mungkin memikat beberapa penulis blogger yang mengikuti blog anganan tentang dunia. walaupun pengikutnya hanya 3. biasalah.

kuala berang,
satu tempat yang mungkin tidak diketahui orang sekiranya dia/beliau/mereka bukanlah dari terengganu atau tidak langsung menghayati  sejarah.

kuala berang,
merupakan tempat terletaknya batu bersurat dimana menunjukkan permulaan empayar Islam
di asia tenggara. sekali menyebutnya;
                    
                       "hah ? kuala berang ?!!" dengan sebutan 'e' nya sebagai ekor.
                   
nombor di kad pengenalan menunjukkan "14" menunjukkan Kuala Lumpur
kedua-dua orang tua "08" menunjukkan Perak.

tapi Allah menetapkan kenangan manis aku memang di kuala berang.


tahu. tahu. memang setiap sekolah asrama, ada keseronokkan dan kegiranganya yang tersendiri. 


                               aku salah satu daripada tsunami itu


orang terengganu; "kuala berang ada MRSM ke? setahu aku MRSM Besut ada lahh."
hahahaha. geli hati  apabila suaranya sampai ke gegendang telinga aku terus diintepretasikan oleh otak ciptaan tuhan ini.


batch 09/10 dikatakan sebagai satu serangan tsunami kepada sekolah dibawah naungan 
Majlis Amanah Rakyat. mengapa?

2009
 kehadiran pelajar 'third intake' iaitu pelajar yang berpindah dari maktab lain, mula membuatkan 
ukhwah pelajar mula terbelah. satu persatu kejadian yang membuatkan akrab baru ini terbelah.
apa maksudnya? 
aku terkenang. rupanya disebabkan beberapa masalah itu, kami menjadi rapat.
betul. rapat. kami sama-sama mencantumkan bahu untuk menyelesaikan masalah yang dibawakan pelajar tersebut. tanpa disedari.


2010
berita pertama tahun ini adalah tempat keempat antara maktab dalam peperiksaan akhir tahun 2009. huh ? keempat ? dibawah taiping,tgb dan pc. 
aku terkenang lagi. Ya Allah. Kau letakkan hamba mu ini ditempat yang betul.
ukhwah kami Allah sahaja tahu. pada tahun ini aku rasakan seperti sudah rasakan seperti
aku betul betul rapat dengan setiap manusia dalam seolah ini. setiap orang dirasakan setiap sahabat karib. setiap orang.


 
Anggulia Beach Resort Marang, Terengganu




hanya dua telapak tangan ini yang aku mampu menadah dan mulut ini untuk menyebut
kalimah Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. menyesal? memang tiada dalam kosa kata
otak ciptaan tuhan ini.


apa yang aku mampu buat sekarang?












Selasa, 8 November 2011

tidak perlu

biasanya aku menulis bukan untuk aku.
biasanya aku menulis bukan untuk kita.
biasanya aku menulis bukan untuk kami.

tidak perlu sebenarnya.
memang tidak perlu.

tapi kali ini memang luar biasa.
pelik.
lain.

kawan,
jangan hipokrit
kau tak nampak tapi orang nampak,


kawan,
jangan berpura-pura
nampak sangat.

kawan,
kau mengampu sangat,
jelas


nasihat aku tak payah peduli,
kau hebat, sempurna.


fiq, marah satu cetusan syaitan
duduk , lagi..
baring, lagi..
wudhu fiq. wudhu .. jika lagi..
solat fiq.


terima.

Khamis, 3 November 2011

filem kita,hati kita

fiq, apa yang kau mengarut ni agaknya. filem kita,hati kita?
apa kau maksudkan? 
fiq, banyak benda yang tak elok dalam filem ni.
tak tutup aurat,pergaulan bebas.sentuh sana ,sentuh sini,
berpegangan tangan dengan orang bukan mahram kita.

kau agungkan filem fiq?
"dunia akhir zaman dan dunia yang hampir dengan kiamat ialah dunia dimana semua 
orang didalamnya mengagung-agungkan golongan artis lebih dari ulama"


ungkapan yang aku pernah dengar. tapi aku lupa. mungkin hadis,mungkin kata-kata ulama.
mungkin. kepala otak ciptaan tuhan ini, terdapat menyambungkan neuron 
yang menyimpan data-data tentang ungkapan itu.

renung,apa orang-orang barat lakukan.
melalui filem, mereka bakar semangat,mereka cetus  kebangkitan.

dahulu tiada filem,tapi orang yang riuh,
sebelum bertentangan dengan musuh,
tuhfat al-nafis dibaca bersungguh,
jiwa meremang persis guruh,
pasti berjuang sehingga terjatuh.

itu dahulu,ditelan zaman,
atau mungkin dah ada dalam perut zaman,
atau mungkin dah keluar dari perut zaman,
kemana?


orang bukan islam bikin filem sehinggakan orang membenci islam,
ini semua mainan filem. pengaruhi minda orang.
mainan filem juga mendapatkan gelaran 'pengganas' kepada orang islam.


World Trade Center menceritakan kesedihan,detik hitam rakyat amerika.
rakyat amerika dapat merasakan penderitaan dan suasana seksa
seorang anggota penyelamat yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.
memang. memang sedih. 

renungkan.
jika anak-anak kecil amerika menonton cerita ini,
(dalam bahasa inggeris)
"ibu siapa yang langgar bangunan itu?"




adakah ini merupakan soalan yang mudah?
agaknya apa jawapan kepada soalan anak kecil itu?


halus.halus.halus.
mudah untuk membuatkan orang membenci.


LIBAS. satu filem yang ingin mengangkat melayu sebagai bangsa yang
menciptakan permainan sepak raga. filem ini benar-benar ingin mengangkat
maruah melayu sebagai kuasa utama sepak takraw. memang berbeza,sepak raga 
dan sepak raga. sepak takraw dicipta melalui permainan sepak raga.




tetapi,tetapi dan tetapi,
apa tanggapan orang tentang filem pengangkat maruah bangsa ini?
"grafik untuk cerita ini tak berapa bagus"
"jalan ceritanya tidak sesuai"
"promote macam cerita hollywood tapi tiada kualiti"


jangan lihat grafik. lihat isinya,kandungannya.
lihat kepada apa yang hendak dicubanya.
itu yang sepatut kita lihat. bukan ingin memuji.bukan.

                                            tempurungpecah.blogspot.com

Mamat Khalid
seorang pengarah dimana,
jiwanya islam,
jiwanya melayu,
huh, setiap filemnya diselitkan unsur-unsur melayu.
melalui filem 
diingatkan melayu supaya jangan lupa diri,
diingatkan  melayu supaya bangkit,
diingatkan melayu supaya cantum bahu.

bukan jenaka sahaja yang uncle mat sumbatkan dalam filem.
lihat kelapa bukan lihat kulitnya yang buruk,
lihat isinya yan lemak dan manis
selamat berjaya uncle mat.