Selasa, 9 Disember 2014

You naik komuter je? Eyyy


"Eyy, komuter eyy. Eh you takda Scirocco ke? I tak biasa lah naik komuter komuter ni"

Kalau ni jadi kat aku dan dilakukan bakal makwe aku, aku janji kat semua, aku tapak muka dia dengan selipar dipenuhi najis kucing.

Perjalanan aku dan man yang tak dirancang ini berlaku dalam kelas Human Resource Management, sewaktu Prof Madya Mustapha Yen sibuk membincangkan tajuk "Pension" dalam bahasa Melayu, pencen.

"Man, sabtu ahad kau ada job?"
"Takda"
"Kau balik kampung?"
"Tak"
"Jom shooting"
"Mana?"
"KTM, berhenti setiap stesen. Amacam"
"On"

Itu je penyebab kami sampai ke Tanjung Malim.

10.30 pagi. 6 Disember 2014 - KTM Padang Jawa
Man makan roti kosong dua (Tak habis)
Aku mihun goreng dan tambahan roti man yang tak habis.

Terkial kial membeli tiket ke KL Sentral.
Kenapa ke KL Sentral? Plan asal nak ke Tg Malim. Ini semua penyebab sebab musabab man.

"Member aku kata takyah beli tiket Tg Malim. Beli je sampai KL Sentral. Naik sampai Tg Malim. Dia bukan check pun"

Aku steady, percaya cakap si lahabau ni. Aku pun sama bahalol. Steady.


Nampak muka bersemangat lagi kan? Kau tunggu dah jauh sikit lagi.




Tunggu tak sampai 10 minit (11 minit kot)

Tren sampai untuk ke stesen seterusnya.






Penampakkan seorang manusia sepupu sepapat Wayne Rooney, neck tie biru, kemaja putih, steady naik komuter.



Tak sampai 10 minit 'street photography' di shah alam, sampai dah tren ke batu tiga. BAPAK PANTAS! TERPERANJAT TITEW!



Dalam tren ke batu tiga,



"Aku datang sini cari duit untuk nak bagi anak bini aku makan. Korang cuma tahu, 'Ane, teh o ais satu. Murtabak kasi letak pisang atas' dari pagi sampai pagi balik. Itu je korang tahu kan"



Bersambung.


2 ulasan: