Khamis, 4 September 2014

Krisis orang muda

krisis orang muda

dunia kini, 
kami hilang erti,
masih belum berdiri,
apatah lagi membeli.

dipekik belia tunjang negara,
membangun bersama bangsa,
apakan daya,
rumah hanya mampu disewa,
kerna harganya setinggi dewa.

ingin hidup dengan berdagang,
tapi belum nampak yang terang,
belum jalan dah berhutang,
tinggal aku, mengarang.

dikatakan kami malas,
baru lihat cahaya dah dicantas,
dalam gelap dicili pedas-pedas,
bila meraung kesakitan,
dikatakan kami mawas.

Jangan kata kami otak berlubang,
kalau tak pernah nak bagi peluang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan