Khamis, 26 Jun 2014

Bentang sejadah


Setelah habis mengulangkaji subjek Organic Chemistry untuk peperiksaan esok hari, Rauf turun ke bawah dan ke bilik air untuk mengambil wudhu'.
Rauf capai sejadah yang di sangkut di bawah tangga dan dibentangkannya di penjuru ruang tamu.

"Allahuakbar"

Rauf mengangkat takbir untuk menyempurnakan solat Isya'
Solat yang tidak berapa mahu khusyuk akibat selingan di minda tentang reaction antara alkane, alkene, cycloalkene dan apa lancau lagi.

Tiba di sujud yang terakhir

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

"Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih"

(Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.)

Sujudnya disambung,

"Nak kena doa ni" sebut hatinya, apabila teringatkan pesan ustaz di sekolah

"Waktu kamu sujud adalah waktu afdhal berdoa, kerana dikatakan kamu paling dekat dengan Allah"- seorang guru agama

"Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapaku, panjangkanlah umur mereka, berikan mereka rezeki yang halal"
"Ya Allah, berikan kecemer...la..ngan..."
"Ya Allah, berikan kecemer..."

Rauf bangkit dari sujud lalu menghabiskan bacaan tahiyyat akhir.

Rauf sangkut kembali sejadah di bawah tangga.

Sambil menapak di atas tangga, hatinya berbisik

"Ya Allah, layak ke aku untuk meminta kecemerlangan peperiksaan aku? Ketika susah aku meminta. Ketika senang aku tak pernah bersujud. Allahuakbar"

"Rauf, asal mata kau merah?"

"Mata pedih. Jerebu kan sekarang ni. Apa la kau ni"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan