Rabu, 16 November 2011

kuala berang

mungkin entri kali ini mungkin memikat beberapa penulis blogger yang mengikuti blog anganan tentang dunia. walaupun pengikutnya hanya 3. biasalah.

kuala berang,
satu tempat yang mungkin tidak diketahui orang sekiranya dia/beliau/mereka bukanlah dari terengganu atau tidak langsung menghayati  sejarah.

kuala berang,
merupakan tempat terletaknya batu bersurat dimana menunjukkan permulaan empayar Islam
di asia tenggara. sekali menyebutnya;
                    
                       "hah ? kuala berang ?!!" dengan sebutan 'e' nya sebagai ekor.
                   
nombor di kad pengenalan menunjukkan "14" menunjukkan Kuala Lumpur
kedua-dua orang tua "08" menunjukkan Perak.

tapi Allah menetapkan kenangan manis aku memang di kuala berang.


tahu. tahu. memang setiap sekolah asrama, ada keseronokkan dan kegiranganya yang tersendiri. 


                               aku salah satu daripada tsunami itu


orang terengganu; "kuala berang ada MRSM ke? setahu aku MRSM Besut ada lahh."
hahahaha. geli hati  apabila suaranya sampai ke gegendang telinga aku terus diintepretasikan oleh otak ciptaan tuhan ini.


batch 09/10 dikatakan sebagai satu serangan tsunami kepada sekolah dibawah naungan 
Majlis Amanah Rakyat. mengapa?

2009
 kehadiran pelajar 'third intake' iaitu pelajar yang berpindah dari maktab lain, mula membuatkan 
ukhwah pelajar mula terbelah. satu persatu kejadian yang membuatkan akrab baru ini terbelah.
apa maksudnya? 
aku terkenang. rupanya disebabkan beberapa masalah itu, kami menjadi rapat.
betul. rapat. kami sama-sama mencantumkan bahu untuk menyelesaikan masalah yang dibawakan pelajar tersebut. tanpa disedari.


2010
berita pertama tahun ini adalah tempat keempat antara maktab dalam peperiksaan akhir tahun 2009. huh ? keempat ? dibawah taiping,tgb dan pc. 
aku terkenang lagi. Ya Allah. Kau letakkan hamba mu ini ditempat yang betul.
ukhwah kami Allah sahaja tahu. pada tahun ini aku rasakan seperti sudah rasakan seperti
aku betul betul rapat dengan setiap manusia dalam seolah ini. setiap orang dirasakan setiap sahabat karib. setiap orang.


 
Anggulia Beach Resort Marang, Terengganu




hanya dua telapak tangan ini yang aku mampu menadah dan mulut ini untuk menyebut
kalimah Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. menyesal? memang tiada dalam kosa kata
otak ciptaan tuhan ini.


apa yang aku mampu buat sekarang?












1 ulasan: