Khamis, 3 November 2011

filem kita,hati kita

fiq, apa yang kau mengarut ni agaknya. filem kita,hati kita?
apa kau maksudkan? 
fiq, banyak benda yang tak elok dalam filem ni.
tak tutup aurat,pergaulan bebas.sentuh sana ,sentuh sini,
berpegangan tangan dengan orang bukan mahram kita.

kau agungkan filem fiq?
"dunia akhir zaman dan dunia yang hampir dengan kiamat ialah dunia dimana semua 
orang didalamnya mengagung-agungkan golongan artis lebih dari ulama"


ungkapan yang aku pernah dengar. tapi aku lupa. mungkin hadis,mungkin kata-kata ulama.
mungkin. kepala otak ciptaan tuhan ini, terdapat menyambungkan neuron 
yang menyimpan data-data tentang ungkapan itu.

renung,apa orang-orang barat lakukan.
melalui filem, mereka bakar semangat,mereka cetus  kebangkitan.

dahulu tiada filem,tapi orang yang riuh,
sebelum bertentangan dengan musuh,
tuhfat al-nafis dibaca bersungguh,
jiwa meremang persis guruh,
pasti berjuang sehingga terjatuh.

itu dahulu,ditelan zaman,
atau mungkin dah ada dalam perut zaman,
atau mungkin dah keluar dari perut zaman,
kemana?


orang bukan islam bikin filem sehinggakan orang membenci islam,
ini semua mainan filem. pengaruhi minda orang.
mainan filem juga mendapatkan gelaran 'pengganas' kepada orang islam.


World Trade Center menceritakan kesedihan,detik hitam rakyat amerika.
rakyat amerika dapat merasakan penderitaan dan suasana seksa
seorang anggota penyelamat yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.
memang. memang sedih. 

renungkan.
jika anak-anak kecil amerika menonton cerita ini,
(dalam bahasa inggeris)
"ibu siapa yang langgar bangunan itu?"




adakah ini merupakan soalan yang mudah?
agaknya apa jawapan kepada soalan anak kecil itu?


halus.halus.halus.
mudah untuk membuatkan orang membenci.


LIBAS. satu filem yang ingin mengangkat melayu sebagai bangsa yang
menciptakan permainan sepak raga. filem ini benar-benar ingin mengangkat
maruah melayu sebagai kuasa utama sepak takraw. memang berbeza,sepak raga 
dan sepak raga. sepak takraw dicipta melalui permainan sepak raga.




tetapi,tetapi dan tetapi,
apa tanggapan orang tentang filem pengangkat maruah bangsa ini?
"grafik untuk cerita ini tak berapa bagus"
"jalan ceritanya tidak sesuai"
"promote macam cerita hollywood tapi tiada kualiti"


jangan lihat grafik. lihat isinya,kandungannya.
lihat kepada apa yang hendak dicubanya.
itu yang sepatut kita lihat. bukan ingin memuji.bukan.

                                            tempurungpecah.blogspot.com

Mamat Khalid
seorang pengarah dimana,
jiwanya islam,
jiwanya melayu,
huh, setiap filemnya diselitkan unsur-unsur melayu.
melalui filem 
diingatkan melayu supaya jangan lupa diri,
diingatkan  melayu supaya bangkit,
diingatkan melayu supaya cantum bahu.

bukan jenaka sahaja yang uncle mat sumbatkan dalam filem.
lihat kelapa bukan lihat kulitnya yang buruk,
lihat isinya yan lemak dan manis
selamat berjaya uncle mat.











5 ulasan: