Isnin, 31 Oktober 2011

Koloni Semut

setiap hari hampir kerja yang serupa dilakukan semut-semut. beban berat yang diangkat
memang untuk seluruh koloni. tidak bekerja,tiada makanan. 

permaisuri semut. perubahan kuantiti semut banyak berlaku.
patuh.taat. Allah menjadikan norma mereka bekerja. 


merungutkah? 
"aku rasa, aku dah taknak angkat daun dah. ishh. penatlahh."


mengkritik?
"tengoklah permaisuri tu. dia mana ada buat kerja. kerja dia bertelur je.tak adil"


memberotak?
"kami inginkan kebebasan!" dengan membawa sepanduk bertulis

                                   
 'KEBAJIKAN RAKYAT TIDAK DIJAGA'
 'KERAJAAN MAKAN DUIT RAKYAT'


mungkin banyak lagi kata-kata yang lebih kesat digunakan.
adakah semut begitu merungut,mengkritik,memberontak? 

kalau diikutkan mata ciptaan tuhan ini, TIDAK !!

kalau diikutkan kepala otak ciptaan tuhan ini, TIDAK !!


dunia,dunia,dunia
politik juga bukan mainan jari aku untuk papan kekunci ini
tp otak aku juga boleh menganalisis yang mana betul, yang mana salah




Zaman Tun Dr. Mahathir. orang dunia, orang eropah, malah orang melayu sendiri,
digelarnya bapa pemodenan itu pemimpin 'Kuku Besi'.
hey, orang melayu dengar sini. berapa tahun dia memerintah? apa jasa dia?

semasa dia memerintah ada 'Perhimpunan Bersih 2.0'? ada?

belum sempat penganjur bernafas, disumbatnya dalam ISA.
selamatlah imej orang melayu,negara malaysia, imej orang-orang Islam.




bila perhimpunan itu diadakan,
bukan pergaduhan, bukan kerosakan, 
tapi aku fikir bagaimana mata di luar negara intepretasikan ini.
mana imej kita sebagai negara aman dan merdeka ?


hey, melayu. tolong perhati, tengok, pandang, fikir.


Filipina,Indonesia. negara-negara ini dahulunya ada institusi diraja. tp sekarang.
rakyat yang memegang kuasa mutlak. 


kalau aku coret begini, ramai yang kata aku perkauman,'racism'. mungkin.
tapi biarlah. mulut tempayan kita boleh tutup,mulut orang bagaimana?

aku tidak perkauman tapi aku memang pentingkan bangsa aku dari bangsa orang lain.

fiq, macam mana pula agama kau? 
majoriti orang melayu ini beragama apa? 


keraskan perpaduan orang melayu, sekaligus perpaduan orang Islam
tanpa disedari.

pelik. anganan aku kali ini tentang nasib bangsa ku





Tiada ulasan:

Catat Ulasan