Isnin, 31 Oktober 2011

aku menulis ?

memang selama ini aku ingin menulis. bila mula sahaja menulis, penyakit melayu sentisa saja hadir. MALAS !

"ahh, sekejap je kau buat blog tu. biasa la. mula-mula memang semangat."
ayat yang sentiasa terlintas dalam fikiran aku. 

fiq. buat apa kau menulis? ha? buang masa. buat apa kau ikut 'trend' sekarang. 
aku tau fiq, kau nak jadi terkenal,popular, dikenali ramai. 

hei, hei, hei. fikir. jadi waras.


Lutfi Adam bin Muhd Zuki meluah idea.
blog ditulis untuk beberapa sebab. 

1. Diari
    menceritakan tentang kehidupan si penulis untuk setiap hari.
    penulis lebih seronok bercerita tentang apa yang dilaluinya setiap hari.
    penyampaiannya dalam blog juga lebih bersifat peribadi.
    kadang-kadang blog juga tempat si penulis ingin meluahkan perasaan cinta,marah,
    sakit hati,bengang. mungkin. 


    tapi pengikut-pengikut blog seperti ini mungkin seorang yang meminati si penulis,
    ahli keluarga si penulis, sahabat karib, atau mana mana si keparat yang 
    ingin mengambil hati si penulis dengan mengetahui perkara yang dilalui penulis
    setiap hari. 


2. Politik
    hah ! cemuhan, maki hamun, kutuk-mengutuk, kata kesat,biasa la.
    blog pro-kerajaan "si pulanlah yang berada di dalam video lucah tersebut"
    blog pembangkang "pihak si pulan telah mencipta video untuk jatuhkan kami"


    blog pro-kerajaan "pihak polis dan SPR telah mengambil alih kes tersebut"
    blog pembangkang " polis,bomba,JPAM, RELA telah bersubahat"


    biarkan mereka. nasihat aku , baca kedua-dua belah pihak. betul, kita akan 
    tahu mana yang betul.


3. Sukan
   " PASUKAN MALAYSIA DIBELASAH SEKALI LAGI."
    kutukan, cacian. mungkin ada. mungkin tiada.
    biasanya dinegara kita, bila menang sekali diangkat bagai raja.
    bila kalah dipijak hingga lumat. 
                          atau
     bila menang,"Pasukan Malaysia yakin ke Piala Dunia"
     bila kalah, "Kredibiliti jurulatih dipertikai"
 



4. Pendapat/Fakta
    aku sangat mengkagumi obefiend dengan beberapa blog yang ditulisnya
                                                                                                                                                                   
 

                                                    blogserius.blogspot.com

    blog serius memaparkan banyak fakta dan kejadian aneh yang berlaku
    di dunia. semenjak aku terfikir.sudah lama.
    apa kerja sebenar si penulis ini? dari mana beliau mendapat info terbaru ?
    blog ini terdapat  lebih 4 juta pembaca. sarkastik. mungkin.


adakah anganan aku terus-menerus ?
mungkin. atau penyakit melayu akan terus datang ?


 

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan