Jumaat, 8 Februari 2013

bekas banduan dan penyonglap duit Royal Bank of Scotland



bekas banduan dan penyonglap duit Royal Bank of Scotland

pertama-tamanya,
aku pasti nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah,
setinggi puncak tembok besar China yang boleh dilihat dari bulan,

kerana, kerana, kerana,

kamu dapat memfitnah, tanpa idea yang menarik,
kamu dapat mencuri, dengan tangan milik tuhan,
kamu dapat menipu, dengan merasakan kamu adalah tuhan.

aku cukup tertarik dengan keberanian kamu dalam memastikan orang lain merana.
tahniah ! tahniah ! tahniah !

aku rasa kamu boleh berjaya dalam hidup dengan tiga perkara tersebut,
sehingga nyawa kamu singgah di halkum.

memfitnah
memfitnah adalah perkara yang sangat baik.
kamu boleh menjatuhkan maruah orang lain dengan idea-idea yang sangat menarik
kamu boleh menutup kesalahan diri sendiri dengan menyalahkan orang lain.
selain itu, dengan memfitnah, kamu boleh merosakkan rumah tangga orang lain.
kamu sangat bagus.
teruskan memfitnah kerana kamu boleh berjaya dalam hidup.
bagi kamu memfitnah adalah kunci kejayaan hidup betul?
mesti kamu fikir,
apabila tiba malaikat maut dihadapan kamu,
kamu boleh berkata kepadanya,
"ehh, nak tahu tak? si pulan bin si pulan tu, lebih jahat perangainya. lebih baik kamu ambil nyawanya dahulu.
kalau kamu ambil nyawa aku, bagaimana aku nak cerita kepada kamu tentang lambakan kejahatannya, kan?. betul. lebih baik kamu ambil nyawanya dahulu. pergi-pergi. jangan buang masa kat sini"
dan aku rasa malaikat maut itu PASTI akan TERSANGAT PERCAYA kata-kata kamu itu.



mencuri
mencuri pula adalah perkara yang sangat menguntungkan,
mana tidaknya,


dengan mencuri kamu dapat keuntungan tanpa berbuat apa-apa usaha, betul?
aku tersangatlah setuju dengan mencuri ini.
mencuri adalah suatu pekerjaan yang mudah dan seronok.
mesti kamu fikir,
apabila dalam liang lahad nanti,
kamu dapat mencuri kain kafan orang sebelah,
apabila kain kafan kamu dimamah bumi.
aku rasa, pemikiran kamu sangat bagus.
aku rasa bukan itu sahaja yang kamu boleh curi,
kamu juga boleh curi papan teras yang menutup jenazah kamu,
kalau kamu punya dah reput.
apa lagi yang kamu boleh curi? hmmm.
haaa! kamu boleh curi bantal.
bantal? tak tahu ke bantal?
bantal yang orang buat daripada tanah tu, yang diletakkan di kepala semasa kamu mati nanti.
kamu juga boleh curi bantal itu. mana lah tahu, bantal dikepala tak cukup.
kalau curi tu, boleh juga bantal yang dicuri tu nak dibuat peluk ke.
lagi? apa lagi yang kamu boleh curi.
air? air pun kamu boleh curi. yela dahagakan dalam liang lahad sempit tu.
kamu boleh pasangkan paip dari kubur sebelah dan terus ke liang lahad kamu.
kalau-kalau ada orang jiruskan air mawar kepada kubur sebelah,
kamu boleh dapat air tersebut.
apa lagi? banyak lagi,
kamu boleh curi payung,
tanah, pasir, pokok yang selalunya tanam di tanah perkuburan, kain kafan, bantal, bunga, batu nisan.
haih, banyaknya. bagus la mencuri ni.
cuma, ada satu sahaja benda yang kamu tak boleh curi,
kamu tak boleh curi soalan bocor, dari dua malaikat.
itu aku tidak tahu. kamu perlu mencari jalan untuk mencuri juga.
aku rasa itu tidak menjadi masalah kepada kamu.
kamu kan "king of mencuri"


aku nak beritahu kamu,
bahawa lidah aku adalah pedang aku.
pedang ini digunakan untuk pertahan agama aku, keluarga aku.

dan pedang ini bukan nak cantas hubungan seislam aku dan kamu.
pedang ini dihunus untuk beri kamu berfikir.
kerana kepala hotak yang diberi oleh tuhan kepada kamu,
kamu tidak gunakan mengikut mahunya Allah, tapi kamu guna atas
mahunya perut buncit kamu.

kerana aku tahu memecah-belahkan manusia itu syirik.

surah 30, ayat 30,31,32.

ini aku,
bersama pedang aku.

7.36 (maghrib)
jumaat.



1 ulasan: