Ahad, 30 Disember 2012

mesin masa (bahagian 1)


aku membuka pintu makmal 1 dengan kusut dan serabut tahap assasin creed

"Eye Scanning" suara yang hari-hari aku dengar setiap kali aku nak masuk makmal. mata aku pun nak naik buta bila
cahaya hologram asyik nak scanning mata aku. ciri keselamatan pada zaman ni terlalu canggih sehinggakan nak masuk
tesco pun nak kena body scan. bukannya aku nak bawak pistol pun.

"welcome, Muhd Wafiq"

belum sempat sampai kat meja aku, si farhan ni dah sergah aku.

"weh! kau ada baca paper tak hari ni?" kata farhan yang kelangkabut. dia ni biasalah. semua benda kerja kelangkabut.
puaka betul. tapi yang aku kagum, kerja dia jalan. tak kisah lah.

"aku tak sempat nak baca" selalunya aku sempat je nak baca. tapi hari ni, aircar aku buat taik.
tak cukup caj. jadi aku terpaksa, pinjam aircar adik aku. dengan nak tempuh jamnya lagi. pening-pening.

aku ingat kalau jalan ikut udara ni dah tak jam. haram. masih jam macam biasa. jalan udara jam, jalan darat jam.
udara jam darat jam. menggelabah manusia-manusia ni. sesak jadi dunia ni.

"kenapa dengan berita hari ni?" tanya aku acuh tak acuh

"kucing tertua dunia telah mati pada umur 21 tahun." farhan bersungguh-sungguh

"ouh itu je. so, apa yang kau nak bagitahu sebenarnya?"

farhan pandang ke arah aku dengan pelik. pelik. aku pun tak tahu nak describe muka konpius si farhan ni.

"wafiq, cuba kau cerita kat aku, berapa semut dah kau telan sepanjang sehari ni?" soalan farhan ni macam nak mengenakan aku.
soalan-soalan yang diajukannya relevan tapi macam nak rasa penampar naruto aku.

"kau ni apa ni? aku tengah serabut pasal aircar aku tak hidup pagi tadi, kau boleh pulak bagi aku lagi pening." nada marah

"kau ingat tak kita ada hantar kucing yang disuntik dengan liquid anti-penuan dr. farid tu?" kata farhan sambil pegang-pegang pipi aku.

baru aku teringat minggu lepas, kucing mana ntah aku jumpa masa aku tengah makan, aku bawak ke makmal nak test dalam time tunnel aku tu.
tapi kucing tak hidup lama. paling lama pun 6 - 7 tahun.

tu yang kitaorang suntik dengan dr farid punya invention tu.

alah, dr farid ni bukan orang lain. member kitaorang masa dekat UiTM dulu. jadi dia buat spesel punya liquid untuk binatang.
tak sangka menjadi. kira invention dia sukses jugaklah.

"maknanya..." ayat aku tergantung.

"kucing tu...." ayat farhan juga tergantung. kami memang macam ni. aku bagi ayat, dia sambung. dia bagi ayat aku sambung.
acah-acah sweet.

"sampai!" aku terus habiskan ayat-ayat tadi. naik menyampah pulak main sambung-sambung ayat ni.

Dengan itu, bulu roma aku macam dah tercacak dah kat tangan ni, termasuklah kaki.
aku rasa farhan pun macam tu jugak. tapi dia nampak rileks je.

aku rasa time tunnel ni dah memang jadi dah ni, konfirm.



sebatang, kemudian sebatang lagi. kuat betul aku merokok ni. walaupun kerajaan dah kuatkuasakan kotak rokok ni,
hanya boleh satu warna sahaja - sebab manusia mudah tertarik dengan kotak rokok yang cantik packagingnya - ahh ini
teori bodoh - aku tetap membeli rokok sebab keperluan.

ting!
macam ada mentol kat sebelah kepala aku ni. kononnya aku ada idea, dimana idea ni boleh mengalahkan idea Bill Gates
masa nak keluar iphone dulu. zaman sekarang tak guna dah iphone. semua orang dah ada holophone. bila nak call je, gedebuk,
orang yang kita call tu keluar dari screen. kalau tengah mandi, nasib kau lah labuuu...

aku memandang ke arah time tunnel aku. makmal masa tu kosong. yang ada pun semut android yang si farhan ni bela.

aku rasa apa kata aku sendiri yang masuk time tunnel tu.
aku ni kalau dah terkena dua batang dengan Dunhill memang susah nak berfikiran waras.

tanpa berfikiran waras, aku set kan waktu dan tempat. Blok A2 UiTM Puncak Alam, Waktu: 27 oktober 2011.
waktu aku mula-mula nak merokok dan menjinakkan diri dalam menghisap benda haram.

tanpa aku fikir apa sebenarnya effect time tunnel ini kepada sel manusia. bongok aku ni. keputusan sentiasa huru-hara.

aku masuk ke time tunnel dan...

"......."

kan aku dah mention tadi, aku bongok.
control unit semua kat luar.
aku kat dalam time tunnel.

mana boleh menjadi pengembara masa kalau macam ni.

aku terus menelefon farhan.

seperti biasa,
zombi yang tidur tak sedar diri mana nak angkat telefon.
tapi aku teringatkan dr farid. dia ada masa aku dan farhan hantar kucing tu. sedikit sebanyak dia tahu
pasal time tunnel ni.

aku pun apa lagi holocall dr farid la.

"weh, farid kau ada kat mana ni?" tanya aku walaupun aku dah nampak cooker steamboat depan dia melalui holophone aku.

"biasa bro! steamboat pak hassan. awat?"

"datang lab jap. urgent"

"bagi aku 15 minit" jawabnya ringkas tanpa ada pertanyaan.



dalam masa 30 minit si dr farid ni sampai. biasalah melayu. pada tahun 2048 ni pun, melayu masih lagi melayu. tak
berubah apa-apa dari segi perjanjian masa.

dari jauh aku dah nampak janggut yang makin lama sudah memutih, biasalah umur pun dah 55. spek mata tebal yang dipakainya
masa tak berubah dari zaman universiti lagi. baju putih belang-belang kuning, dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh
menampakkan gaya mudanya, walaupun usianya sudah lewat senja. maaf bukan senja. usia ni bukan senja lagi. ini dah maghrib.
dah nak masuk isya' dah.

walaupun dari dr farid merupakan seorang saintis dalam bidang genetik teknologi-yang mencipta liquid anti-penuan untuk manusia
yang masuk paper tu? takkan tak tahu. ouh, ye la, korang berada di tahun 2013. hmm, faham-faham. katanya, hidup dan mati
bukan lah ketentuan kita. tua adalah penyakit yang tiada ubatnya.
dr farid ni kalau berceramah, aku dan farhan, ya kan aja. sebab dulu masa zaman kami universiti, dia juga liat nak bangun subuh.

"woi! kau buat apa kat dalam tu?" jerit farid sesudah dia memasuki makamal.

aku pulak memang malas nak keluar dari time tunnel tu. melayu, pemalas. biasalah.

"kau tolong tekan ignition button tu kejap" kata aku sambil menunjukkan ke arah control unit.

farid  buat reaksi bingung.

"are really sure about this wafiq?" tanya farid dengan american english dia.

haih orang tua ni, banyak tanya pulak. sedap je aku panggil orang tua. padahal sengakatan tu. 55 jugak.
kalau bmw tu, golongan 5 series la.

"just push the button, okay? im just testing this machine" kata aku yang dah berpeluh-peluh akibat 30 minit dalam time
tunnel tu.

"okaaayyyy" aik panjang betul okay kau farid.

teeet!

dia menekan ignition button tu tanpa banyak soal lagi. kalau dia banyak lagi tanya soalan, aku panggil si farhan pulak.
tapi aku agak si farhan takkan buat. sebab dia tahu yang time tunnel ni ada effect terhadap sel-sel manusia.

tiba-tiba, aku rasa badan aku seperti kesejukkan, entah la nak. macam sejuk tapi tak menggigil.
jantung aku berdegup kencang. nafas aku tersekat-sekat macam ada batu lesung yang orang buat sambal belacan kat tekak ni.

mata aku jadi kabur, bulu-bulu di badan aku macam nak terkeluar dari kulit ni. sedikit jelingan keluar. aku nampak dr farid macam cemas.
menekan pelbagai butang di control unit tu. itu je aku dapat lihat, kerana mata aku semakin putih.

aku agak dia akan call farhan selepas ni. ahh! itu aku tak peduli. aku tengah macam nak mati dah dalam ni.

sempat jugak aku mengucap dan berbasmallah dalam hati ketika saat aku dalam keperitan. tak sangka pulak boleh jadi macam ni.

aku terasa macam diangkat beberapa inci dari lantai time tunnel tersebut.

satu letupan yang kuat berbunyi bersebelahan dengan kedua-dua gegendang telinga aku.

mata aku terus hilang warna. dari putih terus ke hitam.

tak sedarkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan