Selasa, 24 Julai 2012

Pemahaman

Kalau kau orang bersekolah rendah pada zaman aku (UPSR 2005),
pemikiran korang mesti tak lari dengan topik post ni. Betul?

Pemahaman merupakan salah satu diantara lima mata pelajaran dalam sukatan peperiksaan UPSR.
Kalau piaww dalam mata pelajaran ni, berkemungkinan result anda adalah 4A 1B.

Tapi bukan itu yang aku ingin sampaikan.
Adakah ia pemahaman tentang hati?

Hati merupakan tunjang kepada manusia untuk melakukan pembezaan (furqan)

Orang yang tiada pengalaman susah nak mengolah hati atau dalam bahasa kasar, tak boleh
nak timang hati untuk bagi kat killer, supaya killer tu dapat bola yang cantik untuk dia matikan
kat court sebelah. (Bukan pemain takraw, akan menghadapi kesusahan untuk faham)

Hati yang baik perlu dibelai dengan huda (hidayah)

Ramai orang menunggu huda. Tapi kalau kita tunggu, macam mana kita nak dapat. Mungkin ia (huda) itu boleh sampai ke diri manusia dengan Kekuasaan Allah (Allah Maha Besar), tetapi apakah Allah gemar
kepada manusia yang tidak berusaha? Apakah?

Kamu punyai hati yang lebih hebat dari Intel Duo Core, jadi kamu fikir di antara dua

1. Menunggu Huda
2. Mencari Huda

Pemahaman aku tentang hati sendiri masih lemah. Setiap manusia perlu pegang dan khatam tentang hati
sendiri. Mudah-mudahan hati yang mudah difahami diri sendiri, lebih relevan dalam membuat keputusan
kerana ianya tahu hatinya sendiri.

Kamu akan dapat pemahaman melalui pembacaan, pemerhatian.

Melalui pembacaan sebagai contoh
Aku memberikan kamu sebuah buku dalam bahasa russia.
Apa tanggapan kamu pada buku itu?

"Eyy, macam mana nak baca ni tak faham satu apa pun"
"Aku tak belajar pun bahasa russia kat sekolah, memang takkan fahamlahh"


Setiap buku yang kamu baca didunia ini, tujuannya untuk faham, betul?
Tak kira lah novel, buku teks kemahiran bersepadu sekolah rendah,
majalah, surat khabar mahupun artikel di internet.

Tujuannya untuk faham.
Apa gunanya kamu baca kalau tak faham?

Bagaimana pula dengan Kitab Al-Quraan?
Quraan berasal daripada bahasa arab dan kata dasarnya ialah qara'a yang bermaksud baca.
Iqra' bermaksud bacalah (wahyu pertama diturunkan)
Quraan bermaksud bacaan.


Jadi Kitab Al-Quraan adalah buku bacaan.
Kenapa buku bacaan (Al-Quraan) ini kita tak fahami seperti buku-buku lain?

Ada seorang ustaz berkata
"Al-Quraan merupakan satu buku yang istimewa, apabila kita membacanya,
automatik, kita akan mendapat hidayahnya"


Betul kata ustaz. Cuma, berbalik kepada persoalan tadi, sama ada kita ingin menunggu huda
sampai ke kita atau kita sendiri mencari huda?

Aku hanya menyampai, kamu yang membezakan, Allah yang mengajarkan.



#Maaf, untuk memahami hati orang, ianya bukan sehari atau dua hari. Tapi lama masa yang diperlukan.
Semoga bersabar. Nanti bila dah dapat faham, InsyaAllah mudah. Orang tak berapa hebat. =)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan