Jumaat, 16 November 2012

Sesal.







Sesal.

Menyesal sebab memulakan, kerana susah untuk mengakhirkan.
Menyesal sebab menyintai, kerana susah untuk melupakan.
Menyesal tidak ke jalan lurus, kerana jalan bengkok itu payah.
Menyesal sebab mengingati, kerana melupakan itu susah.
Menyesal kerana membaca, kerana memahami itu lebih penting.
Menyesal kerana menerima, kerana memberi itu lebih bermakna,
Menyesal kerana suka, kerana benci itu tiada.
Menyesal kerana  dibelakang, kerana dihadapan lebih jelas.
Menyesal kerana menulis, kerana ada yang Terhebat menulis.
Menyesal kerana menyesal, kerana…
Kerana ada Maha Mendengar.

Selasa, 24 Julai 2012

Pemahaman

Kalau kau orang bersekolah rendah pada zaman aku (UPSR 2005),
pemikiran korang mesti tak lari dengan topik post ni. Betul?

Pemahaman merupakan salah satu diantara lima mata pelajaran dalam sukatan peperiksaan UPSR.
Kalau piaww dalam mata pelajaran ni, berkemungkinan result anda adalah 4A 1B.

Tapi bukan itu yang aku ingin sampaikan.
Adakah ia pemahaman tentang hati?

Hati merupakan tunjang kepada manusia untuk melakukan pembezaan (furqan)

Orang yang tiada pengalaman susah nak mengolah hati atau dalam bahasa kasar, tak boleh
nak timang hati untuk bagi kat killer, supaya killer tu dapat bola yang cantik untuk dia matikan
kat court sebelah. (Bukan pemain takraw, akan menghadapi kesusahan untuk faham)

Hati yang baik perlu dibelai dengan huda (hidayah)

Ramai orang menunggu huda. Tapi kalau kita tunggu, macam mana kita nak dapat. Mungkin ia (huda) itu boleh sampai ke diri manusia dengan Kekuasaan Allah (Allah Maha Besar), tetapi apakah Allah gemar
kepada manusia yang tidak berusaha? Apakah?

Kamu punyai hati yang lebih hebat dari Intel Duo Core, jadi kamu fikir di antara dua

1. Menunggu Huda
2. Mencari Huda

Pemahaman aku tentang hati sendiri masih lemah. Setiap manusia perlu pegang dan khatam tentang hati
sendiri. Mudah-mudahan hati yang mudah difahami diri sendiri, lebih relevan dalam membuat keputusan
kerana ianya tahu hatinya sendiri.

Kamu akan dapat pemahaman melalui pembacaan, pemerhatian.

Melalui pembacaan sebagai contoh
Aku memberikan kamu sebuah buku dalam bahasa russia.
Apa tanggapan kamu pada buku itu?

"Eyy, macam mana nak baca ni tak faham satu apa pun"
"Aku tak belajar pun bahasa russia kat sekolah, memang takkan fahamlahh"


Setiap buku yang kamu baca didunia ini, tujuannya untuk faham, betul?
Tak kira lah novel, buku teks kemahiran bersepadu sekolah rendah,
majalah, surat khabar mahupun artikel di internet.

Tujuannya untuk faham.
Apa gunanya kamu baca kalau tak faham?

Bagaimana pula dengan Kitab Al-Quraan?
Quraan berasal daripada bahasa arab dan kata dasarnya ialah qara'a yang bermaksud baca.
Iqra' bermaksud bacalah (wahyu pertama diturunkan)
Quraan bermaksud bacaan.


Jadi Kitab Al-Quraan adalah buku bacaan.
Kenapa buku bacaan (Al-Quraan) ini kita tak fahami seperti buku-buku lain?

Ada seorang ustaz berkata
"Al-Quraan merupakan satu buku yang istimewa, apabila kita membacanya,
automatik, kita akan mendapat hidayahnya"


Betul kata ustaz. Cuma, berbalik kepada persoalan tadi, sama ada kita ingin menunggu huda
sampai ke kita atau kita sendiri mencari huda?

Aku hanya menyampai, kamu yang membezakan, Allah yang mengajarkan.



#Maaf, untuk memahami hati orang, ianya bukan sehari atau dua hari. Tapi lama masa yang diperlukan.
Semoga bersabar. Nanti bila dah dapat faham, InsyaAllah mudah. Orang tak berapa hebat. =)








Rabu, 16 Mei 2012

Jamban pembaziran dan dosa.


Kalau ipoh itu, terkenal dengan limau bali.
Kalau kuala berang itu, terkenal dengan janggung.
Kalau permatang pauh itu, terkenal dengan Anwar Ibrahim.


Tapi jamban itu terkenal dengan dosa dan pembaziran.
Setiap kali ke jamban, aku bawa kanser. Semua jenis kanser.
Bila aku sudah nyalakan, itu dosa dan itu bazir.
Berekor-ekor pelanggan tetap neraka yang 'check-in' di jamban.

Di jamban juga tempat akal melayang.
Membekal idea-idea gampang.

Tempat yang tak mahu sedar,
walau sudah sedar.

Najis,
siapa yang suka?
Najis bergelap?
Siapa peduli?
Puntung melekat di najis, apa gunanya?

Cermin bulat, cermin petak, cermin kecil,
semua jenis cermin yang menjelaskan imej hina.

Pili besi berkarat,
memang takkan berubah,
bukan kerana pitis.

Teriakan, jeritan, hantukan, ketukan,
ketika hal perniagaan belum selesai.

Berkongsi, itu biasa.

Disudahkan mana yang sempat dahulu,
capai tuala di bucu.

Aku keluar.





Khamis, 26 April 2012

Pra-Pelancaran Filem Mencari Cinta

Sebelum aku cerita, biar aku dengarkan kamu semua 'review' filem yang boleh mengghairahkan keadaan anda untuk membaca tulisan aku seterusnya.

"Best la cerita dia. Saya paling suka 'part' akad nikah. Memang touching gilaa."- En. Azad

"'Surprisingly'lah, cerita di agak best"- En. Fakhrul

"Eyyyy, kena tengok kat wayang ni. - Cik Fara Aridzuan

"Kalau tengok 'preview' dia, Ombak Rindu, tapauu" - En. Fadzli Mutalib

Amacam? Terkejut? Ombak rindu tapau? kan? kan? Nampakkan permainan dia disitu?

Bagi aku cerita ni memang bagus,
Sebab 'storyline' dia,
dan bukan sebab barisan pelakon atau grafik dia.

Mencari cinta yang dibawa dalam filem ini,
Cinta yang memang setiap pasangan yang berkahwin mencari-cari.

Setiap orang tahu atau tidak tujuan mereka berkahwin?
Atau semata-mata tahu tentang bagaimana adegan dalam kelambu sahaja.
Itu? Itu sahaja?

"Dalam filem ini, kami nak ketengahkan apa itu cinta selepas perkahwinan. Celik je mata suami, pandang ke arah isteri, itu pahala. Apa jua aktiviti yang mereka lakukan (suami isteri) untuk merapatkan hubungan itu pahala tuu" - Riezman Hj Khuzaimi

Malas dah aku nak kupas, nak korek, nak pecahkan cerita ni awal-awal. Nak tahu, apa lagi wayang la.
Aku haramkan korang yang tak berguna ni tengok kat Youtube, kah kah kah. Nanti bankrap bapak aku.

Role aku dalam pelancaran ni adalah photographer, dan tiada yang lain.







 

Khamis, 19 April 2012

Mahalin berspesifikasi tinggi



Semalam,
aku tertinggal 'cable'
di kafeteria berdekatan kolej. Masa aku sudah sikit. Tinggal beberapa hari lagi. 
Biasanya sebelum Solat Jumaat, aku akan ke DayTimeMinute Shop tapi tidak jumaat ini. Duit-duit yang ibu bapa aku hantar dari rumah, habis aku kerjakan dengan men'download' udara. Maklumlah, di tengah bandar raya pesat ni, memang perlu selalu membeli udara. Itu keperluan pelajar di bandar. 

Tapi, hari ini aku perlukan lebih banyak udara. Ya ! Ya! Udara ! Udara !
Aku ingin berjumpa dia. Hari tu, dah jumpa. 'Thumbdrive' yang aku bawa hari tu, tak cukup luas untuk aku penuhkan 'Free Space' yang ada di hatinya. Jadi aku bawakan 'Hard Disk'. 

Saat berjumpa, baju kuning yang disarung aku adalah baju yang baru aku 'Print'. Pada mulanya aku 'Google' kan gambar-gambar baju yang terkini. Bila 'Processor' aku dah mula menyala, baju kuning itu yang aku 'Save' kan. Tanpa buang masa, kerana masa pun akan dinaikkan harga dan tidak disubsidikan. Politik, Dunia. 
Aku 'Print' kan baju tadi.

"Hai", aku berdebar.
"Assalamualaikum", bawakan sekali reaksi comelnya.
"Waalaikummusalam", jawab aku malu.
"Nah, ambil 'Hard Disk'. Ada 'Software' dengan 'Anti-Virus' sekali" aku sambung.
"Terima Kasih", senyumnya comel.

Anti-Virus
-'Delete' semua perasaan cemburu
-'Protect' daripada lakukan kemungkaran terhadap Allah. 

Jarak kita dengan manusia lain adalah keimanan.
Jarak kita dengan Allah? Tiada jawapannya. Kerana Allah sentiasa berada disisi hambanya yang memohon. -gulai tempoyak ikan keli

*Mahalin itu bahasa filipina. Teknologi sekarang kamu tahu apa itu "Google Translate". Silakan, aku tak menghalang.

Isnin, 9 April 2012

Aku pesalah.

Pesalah seperti aku memang patut dihukum. Hukuman dunia, penyakit. Hukuman akhirat, azab dari Yang Adil.

Dijatuhkan hukuman itu atas kesalahan,
"Kamu tahu itu salah, tapi lakukan juga perkara itu"

Itu adalah kesalahan terbesar aku, ketagihan.
Aku dah sedar itu kesalahan, tapi ketagihan punca aku ulangi.

Aku masuk ke kamar pesalah,
Peguambelanya adalah Makhluk dari api,
Yang mahu aku ikutnya ke Neraka,

Yang Maha Adil, Yang Maha Mengetahui
Mengadili aku dengan telus.

"Bagaimana kamu sedar dari kesalahan kamu?"

Aku membela diri. "Aku malu. Aku tak sanggup libatkan orang lain. Dosa ini aku bawa bersama bila aku bertemu orang lain"

 Rambut yang bersikat, bulu kening yang rapi, janggut yang kemas,kuku yang separa panjang, bibir yang merah, mata yang coklat, tutur kata yang lembut.

"Faktor yang pesalah tonjolkan bagi menutup kejahatan sebenarnya."

"Adakah kamu tahu, esok ada atau tiada untuk kamu?"

Aku tunduk. "Tidak tahu"


Ya, aku pesalah


Isnin, 26 Mac 2012

Ye, memang pisang tak akan berbuah dua kali tapi ...

Pisang memang tak akan bertbuah dua kali. tunggu lah lama mana pun, sampai bila pun, tak akan.
Persahabatan di dunia akan hilang juga kelak.

Mana-mana kita pergi, kenangan kita bawa, tapi ada yang kita tinggalkan.
Keseronokkan itu yang kita tinggalkan,
Kebahagiaan itu yang kita tinggalkan,

Semua orang sedih kerana sayang dengan batang pisang yang tak mampu memberi hasil.
Jadi, kita terpaksa cantaskannya. Sedih. Duka. Timbul dalam perasaan.

Tapi cuba cantas kan batang pisang dan tunggu.
Hasilnya ialah tumbuh pohon pisang yang baru dengan hasil yang baru.

Adaptasi ini dalam kehidupan,
Di setiap saat dimana ada perpisahan, jangan kau cantas pulak orangnya. Cantas perasaan sedih itu. Nanti akan timbul satu jalinan persahabatan yang kau sendiri akan hargai.

Jadi aku pun nak cantas satu lagi batang pisang yang baru aku ambil buahnya.
Pisang itu adalah Group D2 UiTM Puncak Alam.

Kepada awak,
InsyaAllah, akan hidup lagi anak-anak pokok pisang yang baru nak tumbuh.
Dan kerja kita adalah untuk alihkannya dan tanamkannya di tempat lain.
(Hiperbola tinggi)

dan itu bukan mudah.