Rabu, 28 Disember 2011

jodoh


 "jodoh itu ketentuan ALLAH" ungkapan biasa kita dengari apabila seseorang itu

1. putus cinta
2. belum berkahwin

pernah atau tidak kita mendengar "itu semua urusan ALLAH, kita hanya merancang"
tapi pernahkan kita renung, fikir, apa rancangan kita?

adakah rancangan kita itu memungkinkan kita menjerumus ke arah maksiat?
rancangan kita direstui oleh orang tua?
menjamin masa depan?
anak-anak mampu untuk ditanggung?
diberkati ALLAH?
adakah?

mahupun persoalan itu nampak mudah dijawab oleh lidah-lidah manusia era sekarang,
adakah akal ciptaan tuhan itu berfikir sebelum berjawab? adakah?

ibu bapa,
apa kehendak mereka adalah untuk anak-anaknya,
walaupun kehendak anak itu memang sama sekali tidak sama dengan kehendak ibu bapanya.
tidak sama.
tapi percayalah si anak, itu memang yang terbaik, bukan ibu bapa itu inginkan kamu menderita, BUKAN !

kebaikan untuk jodoh dipilih untuk ibu bapa;
elak maksiat
kamu tidak perlu memperagakan diri kamu untuk orang lain. hubungan dengan mana-mana lelaki/perempuan
boleh dikurangkan.

tapi,
bukan mudah generasi era sekarang menerima jodoh dari tangan ibu bapa sendiri.
dan di situlah tersembol mulut mengatakan "jodoh itu ketentuan tuhan, tiada siapa berhak menentukannya"

aku mengkagumi si gadis ini, sudah bertunang. seorang yang memegang prinsip
"bercinta selepas berkahwin lebih manis"

Cik Nurul Dianah Bt Kamarul Bahrin
beliau menerima cinta seorang yang tidak kenalinya.atas pilihan ibu bapanya.



"Kalau betul mak kata semua happy and mak always doakan dena berjaya dunia akhirat , i think i have my decision. After I did my istikharah prayer last night , I am agree to accept him."-dipetik dari http://denakamarulbahrin.blogspot.com/


ya ALLAH, doa ibu itu adalah doa yang paling mujarab.
"aku mendoakan kebahagiaan rumah tangga anakku"- mungkin kata-kata ibunya.
jadi bagaimana? akal anda intepretasikan ini?
dan doa itu dilafazkan seikhlasnya

huh...
semoga berkekalan hendak-NYA
insyaALLAH









4 ulasan: